PENGAJIAN MALAYSIA

DUB1012: PENGAJIAN MALAYSIA

TEMA: TOKOH KEMERDEKAAN
TAJUK: PERJUANGAN DATO' MAHARAJA LELA

SESI: DISEMBER 2017
JABATAN: JABATAN KEJURUTERAAN AWAM
KURSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN PERKHIDMATAN BANGUNAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

  • MOHD. NOR' AZHAR BIN JOHAN                 05DPB17F2002
  • ATIQULLAH BIN BOLHAN                           05DPB17F2998
  • AZMEER BIN AZAHAN                                 05DPB17F2999
  • AZMEER BIN ADENAN                                 05DPB17F2003
NAMA PENSYARAH:
ENCIK NOOR FHAKURULZEE ABD TALIB

ISI KANDUNGAN
BIL.
TAJUK
                MUKA SURAT
1.
PENGHARGAAN
            1
2.
PENGENALAN
            2
3.
LATAR BELAKANG DAN PERJUANGAN TOKOH KEMERDEKAAN
          3-13
4.
KESAN PENENTANGAN  DAN IKTIBAR
         14-16
5.
RUMUSAN
           17
6.
LAMPIRAN
         18-21
7.
RUJUKAN
           22





PENGHARGAAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Noor Fhakurulzee Abd Talib, Pensyarah Matapelajaran Pengajian Malaysia (DUB 1012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh rakan sekumpulan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberi ini.  Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.





PENGENALAN


     Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalui suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa.Hasilnya , terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.


LATAR BELAKANG


DATO' MAHARAJA LELA


Nama sebenar beliau ialah Pandak Limo Bin Machang Lela Tok Mahmud
Dato Maharaja Lela juga merupakan seorang penghulu di Pasir Salak.

Dato Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia pada 20 Januari 1877) ialah 
seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
 bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja 
dan bangsanya sendiri.

Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal 
dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, 
beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran
Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.


Beliau merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British 
di Perak. Bersama-sama dengan
 pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-Kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato’ Sagor) dan Ngah Kandin,
 beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh 
James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.
 Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh 
Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.
 Namun , beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch
 pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah  yang bersidang 
dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi
 hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.


                ⬋ DATO' MAHARAJA LELA ⬊


*Orang Besar Delapan                             *Bertanggungjawab mempertahankan  
yang berkuasa menghukum                            rajanya daripada sebarang ancaman

*Menguasai Pasir Salak                            *Pembesar yang gagah dan mempunyai  
sehingga ke Sungai Dedap                            kedudukan yang tinggi susunan ke-7
                                                      dalam hirarki bangsawan Perak.      

*Bersama dengan                                                                         *Syahid digantung sampai mati kerana
Sultan Syed Ismail Kinta dan                      terlibat secara langsung menghapuskan
Che Ngah Ibrahim mempertahankan                                   Agen British J.W.W. Birch  
Agama dan tanahair daripada  
ancaman penjajah Inggeris     






PERJUANGAN DATO’ MAHARAJA LELA

PENENTANGAN  J.W.W. BIRCH

FAKTOR PENENTANGAN

MENGAMBIL HAK MENGUTIP CUKAI
MENCABAR KESULTANAN MELAYU
MEMPERKENALKAN CUKAI BARU
MENCABULI ADAT RESAM


                                       
                              

J.W.W. BIRCH



1) Mengambil Hak Mengutip Cukai
Pada 24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan yang membolehkan British mengambil hak mengutip cukai. Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan menandatangani pengisytiharan. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar Perak kerana meneruskan kutipan cukai timah di Bidor.

2) Mencabar Ketuanan Melayu
Kemarahan sultan dan pembesar Perak memuncak pada 2 Oktober 1875. Sultan Abdullah didesak menandatangani perisytiharan penyerahan kuasa kepada British. Kuasa mentadbir negeri diserah kepada Residen. Residen berkuasa melantik hakim, mengurus kutipan cukai dan melantik penghulu.

3) Memperkenalkan Cukai Baru
Birch bertindak sesuka hati dengan Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi, perahu atap, senjata dan bayaran permit untuk membalak. Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai kelamin.

4) Mencabuli Adat Resam
Birch dibenci oleh sultan dan pembesar-pembesar Perak apabila beliau mengharamkan amalan perhambaan yang menjadi adat resam Melayu. Birch sengaja menimbulkan permusuhan apabila menyimpan hamba-hamba perempuan dirumahnya.




Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak
Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh Sultan Abdullah.

Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya baginda enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut.

Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.


TEMPAT PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH



Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor 


Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela pula mencadangkan Birch ditikam, Dato’ Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir.

Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato’ Maharaja Lela, pada 30hb Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir Salak. Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.



Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak
J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja menampal poster pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari.

Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch yang masih bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. 
Mayat Birch ditemui pada petang keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.

Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama. Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.




KUBU DATO' MAHARAJA LELA MEMPERTAHANKAN SERANGAN 
PIHAK BRITISH



KESAN PENENTANGAN

PERISTIWA PEMBUNUHAN J.W.W. BIRCH
-Kemarahan Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar sampai kemuncaknya menjelang akhir tahun 1875 dan keputusan diambil untuk membunuh Birch. Pada 20 Julai 1875,satu perjumpaan telah diadakan di Durian Sebatang yang dihadiri oleh pembesar- pembesar Perak atau wakilnya kecuali Raja Yusof. Dalam pertemuan itu, Dato’ Maharaja Lela dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas tersebut. Raja Ismail menyatakan persetujuannya untuk membantu Dato’ Maharaja Lela. Sebagai persiapan,Raja Abdullah dan Raja Ismail telah menyediakan alat-alat senjata yang dibeli dari Pulau Pinang.

-Selepas beberapa hari dari peristiwa perjumpaan di Durian Sebatang, hubungan Sultan Abdullah dengan British menjadi genting. Pada 24 Julai 1875, pihak British mengugut Raja Abdullah jika baginda tidak mengikut arahan mereka. Pada 2 Oktober 1875, Sultan Abdullah dipaksa untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada British.Birch ditugaskan untuk mengumumkan perubahan sistem pentadbiran tersebut. Beberapa hari selepas persetujuan itu, Sultan Abdullah memerintah Dato’ Maharaja Lela membunuh Birch.

-Sungguhpun telah diketahui adanya komplot membunuh Birch, namun rancangan tetap dilaksanakan. Swettenham ditugaskan untuk membantu Birch dan beliau bertolak dari Singapura pada 23 Oktober 1875. Swettenham ditugaskan di bahagian Hulu Perak sementara Birch di Hilir Perak. Mereka bertolak dari Bandar Bahru dan akan bertemu di Pasir Salak pada 30 November 1875.

-Pada 27 Oktober 1875, Birch telah menampal pengisytiharaan itu di rumah dan kemudian belayar ke Pasir Salak. Pada 1 November 1875, Birch bersama keraninya MatArshad telah tiba di Pasir Salak. Ketibaan beliau mendapat tentangan hebat daripada Dato’ Maharaja Lela. Pada 2 November 1875, Birch ditikam oleh orang suruhan Dato’ Maharaja Lela, iaitu Pandak Induk dan Seputum ketika Birch mandi di Sungai Pasir Salak.

-4 November 1875, Swenttenham di Blanja menerima peristiwa pembunuhan.Dengan pertolongan beberapa orang Melayu, beliau berjaya menyelamatkan diri.


Perang Perak 1875-1876
Pembunuhan Birch telah mengemparkan pihak British. 15 November 1875, tentera British dari Pulau Pinang menyerang Pasir Salak.Dato’ Maharaja Lela mengundurkan diri ke Blanja. Kemudian, tentera tambahan British dari Hong Kong di bawah perintah Major Jeneral Calalborne menawan Pasir Salak. Dari India, tentera di bawah Brig. Jeneral J. Rose menawan Kuala Kangsar.Sebelum tentera British menawan Blanja, Dato’ Maharaja Lela dan Raja Ismail berundur ke Kinta. Dari Kinta mereka bergerak menuju Kota Lama. British menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menangkap orang yang dikehendaki iaitu $6 ribu untuk Maharaja Lela dan $3 ribu untuk Dato’ Sagor dan Pandak Induk.Pada pertengahan Januari 1876, Raja Ismail meminta bantuan dari Kedah. Padaakhir bulan Mac, baginda menyerah diri dan dihantar ke Singapura kemudian Johor.Dalam bulan yang sama, Dato’ Sagor ditawan di Bandar Bahru sementara pada Julai 1876, Dato’ Maharaja Lela menyerah diri. Dengan ini semua orang yang terlibat dalam pembunuhan Birch ditangkap.Dengan itu, suatu perbicaraan diadakan dan keputusannya ialah:

a.  Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Induk dan Seputum dihukum gantung sampai mati di Matang pada 20 Januari 1877.
b.  Cik Gondoh, Ngah Ahmad Ngah Jabbar, Panjang Nur dan Cik Ali dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
c.  Sultan Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato’ Laksamana dan Dato’ Syahbandar dibuang ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi.
d.  Raja Ismail dipindah ke Johor.
e.  Raja Yusof dilantik sebagai Sultan.

Perang Perak ini akhirnya berkesudahan dengan kemenangan British.Kemenangan ini membolehkan British meneruskan sistem Residen dan memajukan ekonomi Perak tanpa halangan.



IKTIBAR
Kita seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu,  bertolak ansur , hormat menghormati , dan saling menyanyangi antara satu sama lain.

Jika dikenangkan kembali perjuangan pejuang-pejuang tanah air , sudah pasti timbul kesedaran dalam diri masing-masing betapa peritnya kehidupan kehidupan mereka pada zaman tersebut.

Perjuangan tokoh-tokoh lampau menentang penjajah di negara kita sewajarnya dijadikan teladan dan patut kita contohi. Semangat setia kepada negara dan sifat bekerjasama juga amalan permuafakatan di kalangan pemimpin serta pengikutnya telah menyumbangkan kepada kejayaan menentang penjajah.Dalam penentangan ini , jelaslah bahawa sikap berdisiplin serta gigih berusaha akan membuahkan hasil.

Sewajarnya , kesedaran ini merupakan aspek penting yang perlu deterapkan dalam diri kita.Nilai ini amat diperlukan dalam memelihara keharmonian seterusnya melahirkan rasa kecintaan terhadap bumi bertuah ini.Sikap bersederhana dan tolak ansur juga adalah faktor penting dalam pembentukan negara dan bangsa di Malaysia.




RUMUSAN

Kita perlu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Dato' Maharaja Lela dalam mempertahankan perak dari ancaman musuh. Selain itu, sikap yang ditunjukkannya juga dapat memberikan semangat kepada kita bagi mempertahankan tanah air bukan sahaja kepada negeri perak. Seterusnya, sikap yang ditunjukkan sebagai pemimpin juga boleh dijadikan panduan dalam mentakbir negara.


LAMPIRAN

KUBUR J.W.W. BIRCH YANG TERBIAR


J.W.W. BIRCH MEMORIAL CLOCK TOWER


GAMBARAN DATO' MAHARAJA LELA
DIHUKUM SAMPAI MATI


GAMBARAN PERJANJIAN PANGKOR
TAHUN 1874


KISAH PERJUANGAN DATO' MAHARAJA LELA



RUJUKAN

INTERNET
http://en.wikipedia.org/wiki/Pasir_Salak
https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-maharaja-lela/
https://www.youtube.com/watch?v=EOVw9D7-6WI
https://www.youtube.com/watch?v=MGeknh08h7I

SUMBER BUKU
BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN DUA
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGAJIAN MALAYSIA EDISI KELIMA




Hasil carian imej untuk GIF TERIMA KASIH






Comments

Post a Comment